Isnin, 3 Januari 2011

Aku mahu berubah...

  Ada pepatah "rumah kata pergi, kubur kata mari", merujuk kepada golongan usia emas yang kononnya sudah hampir dengan kematian. Itu dulu, sekarang ini orang muda pun sudah ramai yang mati. Kadang-kadang aku terfikir, apa perasaan orang mati (bodoh bunyinya)? Sekarang ni ramai orang mati muda, arwah kakak aku sendiri pergi semuda 42 tahun. Tetapi bersebab....  kemalangan. Bayangkan kalau ada orang muda yang memang kita tengok dia sihat.... tiba-tiba pergi selamanya. Kenapa boleh jadi begitu ekk? Ajal? Memanglah. Zaman 70-an, 80-an dulu... jarang aku dengar orang kena serangan jantung. Dulu, sakit jantung sinonim dengan orang kaya aje. Dunia sekarang, banyak yang dah berubah. Aku takut juga dengan perubahan dunia sekarang ni... so, 2011 ni, aku pun nak berubah. Berhenti merokok 100 peratus, walau pun aku bukan perokok tegar. Kesian wife aku... mengharap benar agar aku berhenti merokok. Selama ni, aku smoke sembunyi2. Bukan apa, tak tahan kalau kantoi kat wife... 4 hari 4 malam mogok. Susah aku. Harap2 aku boleh berubah tahun baru ni. Masuk hari ni, dah seminggu aku tak smoke... ok la tu.